Sulit
5 tahun
Tapak kaki di bahagian anak jari sakit selepas jatuh
Hai, tapak kaki kanan saya dibhgian jari hujung sakit selepas jatuh. Bila nak menapak terasa sakit dan klau saya tidak buat pape dia berdenyut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, perkara sedemikian boleh berpunca daripada beberapa perkara, seperti:
- kecederaan akibat terjatuh
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
- rapuh/hakisan tulang
Bagaimanapun, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih































