Sulit
3 tahun
Tapak kaki sakit antra tulang jari no 2 dgn tapak kaki
Tapak kaki sebelah kanan saya sering sakit…terutamanye bila waktu sejuk…sakit di antra tulng tapak kaki ke jari no 2…hanya kaki sebelah kanan je…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kaki yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ibu jari kaki terseliuh
- Bahagian tulang ibu jari retak atau patah
- Jangkitan kuman ada tapak kaki
- Masalah reumatoid
- Keradangan pada kaki
- Sakit gout
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.