Sulit
3 tahun
Tapak kaki sejuk ketika subuh dan waktu senja
Saya seorang wanita berusia 22 tahun.Saya juga mempunyai gastrik.Tapak kaki dan tapak tangan saya sering sejuk hingga kelihatan pucat.Saya juga rasa lemah dan lemau pada waktu subuh dan waktu senja.Saya ada juga ada terbaca mengenai bahawa tapak kaki sering sejuk menandakan ajal seseorang .Adakah saya perlu percaya atau tapak kaki sejuk ini punca penyakit lain dalam badan saya??
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kondisi anda untuk berlaku seperti:
- kurang pengaliran darah kepada bahagian kaki dan tangan
- penyakit anemia
- kencing manis
- hipotiroidisme
- kekurangan vitamin B12
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda mengalami simptom seperti perubahan warna pada jari dan kuku, sesak nafas atau kesakitan pada kaki dan tangan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.