
Anonymous
5 tahun
Tidak datang haid bulan 7
untuk bulan 7 ni saya belom dtg haid lagiz sepatutnya dalam 7-10 hb setiap bulan pasti dtg. sy dah cek test kehamilan yg sy beli di watson. tp negatif. ada tak ubat untuk datang period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Andainya anda masih meragui tentang status kehamilan, sebaiknya dilakukan UPT ulang. Sebagai info tambahan, sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Diingatkan juga bahawa kadang-kadang ujian kehamilan yang negatif selepas tempoh haid yang terlepas masih boleh bermaksud anda telah hamil. Hormon hCG akan berganda setiap 48 jam pada awal kehamilan. Ujian kehamilan yang negatif pada hari Isnin kemungkinan akan menjadi positif pada hari Rabu. Dan jika ia positif dengan air kencing pertama pada waktu pagi, kemudian pada hari apabila air kencing lebih cair, ia boleh menjadi negatif. Rujuk artikel ini UPT negative tetapi hamil.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.