Sulit

3 tahun

Tompokan Darah Coklat

Salam doc,
Saya sudah berkahwin tahun lepas…tidak pernah mengambil sebarang pil perancang.saya mengalami period yang tidak teratur.Sepatut ikut kiraan dlm app,harini saya period.Tapi masih belum period lg.Dalam tempoh 2 minggu ni,ada tompokan coklat pada panty liner.Keadaan tu jadi on off.Dan 2 3 hari ni,tompokan di panty liner berkurang.tapi jika lap dengan tisu di lubang vagina masih ada lagi darah coklat tu.Keadaan jadi ketara jika selepas bersama suami.Lendiran seperti hingusan cair berwarna coklat jika dilap.Saya juga selalu mengalami gatal2 di bahagian vagina.Jika rasa gatal tu datang,saya akan sapukan miconazole cream.Adakah keadaan sy sekarang berkaitan dengan faktor penggunaan ubat krim tersebut?Boleh doktor terangkan kenapa dengan keadaan sy ni?Saya agak risau kerana keadaan berlanjutan dalam tempoh 2 minggu dah.
Terima kasih.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan teliti yang ditujukan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, kami memahami anda mengalami tompokan coklat yang tidak berkait dengan kitaran haid dan juga teras gatal pada bahagian vagina. Ada kemungkinan ini disebabkan oleh beberapa sebab iaitu:

  • Baki darah haid lepas yang sudah teroksida di dalam rahim
  • Jangkitan pada vagina (Vaginitis)
  • Jangkitan pada serviks (Cervitis)
  • Jangkitan pada vulva (vulvovagintis)
  • Iritasi oleh bahan kimia
  • Kecederaan pada bahagia alat sulit wanita
  • Sexual Transmitted Disease (STD)
  • Jangkitan kulat atau yis

Apabila ketika bersama suami, vulva akan mengeluarkan discaj atau lendir yang lebih. Ini akan menyebabkan keadaan itu lebih ketara selepas bersama suami. Mengenai krim miconazole tersebut, ya ia mungkin berkaitan dan membantu dengan gejala yang anda alami. Walaubagaimanapun, anda harus berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan anda bagi mengenalpasti masalah tersebut dengan lebih tepat.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.

download%20(3)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)