Sulit
3 tahun
Xselesa bernafas,susah tidur dan ada rasa nk muntah
Assalamualaikum…doktor…sy nk tanye, 2 hari lepas, sms sedang mkm, sy tiba2tunduk utk mengambil barang, smasa iti juga tiba2 dedupan jantung saya laju, sy agak panik, sy minum air putih dan terus baringkan badan…slepas itu, alhamdulillah…kembali pada biasa…namun sy masih tidak sedap badan,mgkin risau atau ade efek lain2…sy susah tidur, rase susah bernafas, dan rase ade angin dlm badan yg xlepas…bila bangun ade rasa nk muntah…sy jadi smakin bimbang …risau takut apa2 berlaku…ank kecil2 3 org, sy urus…knape ye doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sukar bernafas disertai beberapa gejala diatas boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Anemia - kurang darah
- Penyakit paru paru seperti jangkitan paru-paru
- Ketegangan otot - akibat senaman atau keradangan
- Penyakit asid refluks ataupun gastrik
- Penyakit jantung - seperti jantung berlubang, ritma tidak tetap ataupun saluran darah rosak seperti aorta koyak atau aneurisma
Untuk mengetahui punca sakit dada anda ini, siasatan rapi diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.