Malaysia's #1
Health Forum

Cant sleep even mengantuk

Answered by: Dr Sashini Seeni

Last Updated: July 15, 2021 3:50 PM

Anonymous 29 days

Hi, saya teenager. Saya ada sedikit masalah iaitu saya susah sngat nk tidur walaupun dah mengantuk. Dia mcm dri fasa nk tidur ke fasa terlelap tu x smpai. Hampir 30 minit saya tutup mata tapi x terlelap. Even tgh mengantuk. And lagi satu, saya rasa saya ada anxiety disorder sbb saya rasa takut apabila saya xdpt tidur. Hampir seharian saya x tidur. Harap doc boleh membantu dan beri nasihat… Saya harap sngt

Dr Sashini Seeni 15 days
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar tidur walaupun mengantuk. Kami akan cuba membantu.

Untuk makluman anda, masalah sukar tidur juga dikenali sebagai insomnia, selain sukar tidur, mereka yang insomnia juga mudah terbangun pada waktu malam dan sukar untuk tidur kembali.

Insomnia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya adalah:

  • Tabiat atau aktiviti sebelum tidur yang tidak betul, seperti penggunaan skrin, makan banyak sebelum tidur atau minum minuman berkafien.
  • Tidur dengan keadaan yang cerah atau dalam keadaan bising juga boleh mengganggu tidur.
  • Masalah mental seperti anxiety, depresi atau mania boleh mengganggu tidur seseorang

Untuk mengetahui punca masalah anda dan mengatasinya, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh mneghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Last Updated: Thu Jul 15 2021 15:50:55 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or Specialist online about general health from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
COVID-19 Test Services
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
See All COVID-19 Tests