Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Hye, adakah urat pergelangan tangan sehingga tapak dan jari bertukar warna dari hijau ke ungu itu perkara normal? Plus saya mengalami shortness of breath and chest pain ketika saya active?
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, adalah normal untuk seseorang untuk bernafas dengan laju ketika sedang aktif terutama ketika bersukan. Namun begitu, penafasan laju juga boleh menjadi tidak normal seperti yang disebutkan di bawah ini:
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Masih mengalami masalah kesukaran bernafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan dapat diberikan.
Untuk pertanyaan pertama anda, kami kurang jelas terhadap kenyataan anda mengenai perubahan warna urat tersebut. Sekiranya ia mengganggu anda, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.