Anonymous

2 years

Gusi sakit pada gigi atas bahagian hadapan, tidak terasa seperti bengkak mahupun berdarah

Hello doktor, satu gigi atas bahagian depan saya sedikit terkeluar kehadapan dan gusi pada gigi tersebut sakit sehingga ia mengganggu tidur saya. Gusi seperti tidak bengkak dan tiada pendarahan yang berlaku tetapi ianya sakit. Apakah sebab kepada sakit ini dan perlukah saya bertemu dengan doktor dalam masa terdekat? Sekiranya perlu bertemu doktor, rawatan apakah yang sesuai?

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian gusi gigi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk mengetahui puncanya, anda perlu berjumpa dengan doktor gigi supaya pemeriksaan dapat dibuat. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anda terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:

  • Jangkitan pada akar gusi
  • Tampalan tercabut atau telah pecah; perkara ini boleh terjadi dan adalah normal
  • Jangkitan pada bahagian gusi (gingivitis)
  • Teknik berus gigi yang salah atau memberus dengan kasar

Oleh itu, kami bersaran supaya anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan kerana jika dibiarkan, akar gigi anda boleh rosak dan mudah untuk mendapat jangkitan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_177961361_9pIetTLpPtLAQVOLg0bt9YE733zuYEcY

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.