Anonymous

2 years

Hidung berbau busuk tetapi tidak berhingus

Anak saya umur 5 tahun. Hidung berbau sejak 4 minggu lepas. Sudah berjumpa 2 doktor dari klinik yang berbeza. Doktor pertama memberi ubat titis hidung & doktor ke2 memberi ubat antibiotik kerana didalam hidung anak ada sedikit nanah. Selepas habis antibiotik, sudah tidak berbau tapi mula berbau sejak 2/3 hari yang lepas. Saya cuba melihat didalam hidung menggunakan torch light & nampak kemeraham dlm hidung dan basah seperti berhingus. Anak saya tidak berhingus. Mintak pendapat doktor untuk tindakan yang perlu saya buat.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, hidung berbau tanpa berhingus boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:

  • Alahan resdung
  • Radang resdung sebab jjangkitan
  • Benda asing dalam hidung seperti
  • Post nasal drip
  • Ketumbuhan seperti polip

Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anak anda, periksaan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.
child-559415_640%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.