Anonymous

2 years

Keputihan yg gatal dan busuk

saya berumur 22 tahun .boleh cadangkan ubat yang bagus untuk keputihan ?saya mengalami keputihan berwarna hijau cair dan berketul ,berbau agak busuk . kadang tak selesa sbb bila cecair tu keluar , ia akan menyebabkan kegatalan

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Anda bertanyakan tentang masalah keputihan di bahagian faraj. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:

  • Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidakseimbangan bakteria faraj
  • Jangkitan kandidadiasis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
  • Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
  • Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
  • Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
  • HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
  • Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.

Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

240_F_305152572_9ZzMyn81YrpMFsOxu8SQTBVelDXnHMfG

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.