Anonymous

5 years

Lemah tenaga batin dan cepat klimak

Cepat klimak dan sangat memalukan dan menjadi tekanan setiap kali bila memikirkan bila kahwin nanti. Tak sampai seminit sudah keluar atau 2 hingga 5 kali henjutan dah sampai

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi. Antara penyebab ejakulasi pramatang seperti:

  • psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
  • psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
  • neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
  • endokrin - masalah tiroid
  • arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
  • masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
  • kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain

Oleh hal yang demikian, cara untuk merawat penyakit ini adalah seperti yang berikut:

  • Kaunselling
  • Senaman otot pelvik
  • Teknik jeda-pegang
  • Kondom
  • Ubat-ubatan - * Ubat anestetik topikal ( benzocaine, lidocaine dan prilocaine) Ia selalunya, * ubat makan (sildenafil- Viagra, antidepressant-SSRIs dan analgesik- tramadol). Semua ubat ini hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor anda

Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih

mimpi-basah

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.