Anonymous

2 years

Masalah upt @ hormon

Saya 30an… Pd 4hribln saya telah upt tpi upt kabur,lpas upt sy ade pndrahan 2hari lpas tu saya repeat 8hb still kbur,mlm 8hb saya pergi klinik, alhamdulillah kedudukan rahim ok,dan tiada cyst n fabroid,sy test upt kt klinik still kabur… pada 9hb sy perasan ade keputihan berwarna coklat… Pd 15hb sy repeat pon still kabur,tapi tadi sy repeat 1line… Adakah sy mengandung…? Adakah saya ada kemungkinan mengandung kembar

Dr Ramzdhan,

2 years

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kerisauan anda tentang UPT. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti:

  • Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
  • Kerosakan alat ujian kehamilan
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan

Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya perincian lain boleh dibuat supaya punca masalah tersebut boleh diketahui.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
belly-3186730_640%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.