Anonymous

2 years

Mata tak selesa sakit kepala & telinga

Saya perempuan umur 24 tahun, saya mengalami mata sebelah kiri saya tak selesa serta sakit kepala dan telinga sebelah kiri. Boleh saya tahu kenapa tak? How to merawat sakit ni? Adakah sebab selalu tengok phone? Hope u can answer my question, thank you.

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami bahawa anda mengalami gejala tidak selesa pada mata kiri serta sakit pada telinga kiri dan sakit kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.

Untuk makluman anda, gejala tidak selesa pada mata dan sakit kepala boleh berkait dan boleh berlaku disebabkan kondisi seperti glaukoma, migrain dan juga mata kering.

Malah gejala sakit kepala juga boleh berlaku jika berlaku jangkitan pada telinga yang boleh menyebabkan kesakitan pada telinga juga. Gejala sakit kepala boleh berlaku dengan sendiri akibat kekurangan tidur, stres, ataupun dehidrasi.

Namun, gejala-gejala ini juga boleh menandakan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian oleh doktor.

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

AdobeStock_41699827

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.