Anonymous

4 years

Pening bila tukar posisi baring

Hi doc, sya yatt umur 27thn. sy sering sakit kepala dan pening … tp lately sy selalu pening bila tukar posisi baring. contohnya tukar posisi baring belah kiri kepada baring kanan. sy ad jmpa doc pakar since last year… doc bagi ubat pening (lupa nama apa tapi untuk mencegah pening dan ambil waktu malam) dan sakit kepala naproxen ambil bila perlu shj. since brt sy naik dpd 47kg ke 54kg, sy ambil ubat pening bila rsa pening shj. doc penah inform y ubat tu naikkan berat bdn. soalan sy adakah pening tu biasa? next appointment sy bln 12, tp pening tu dh 5hari tak hilang walaupun sy telan ubat pening tu stiap mlm . tq

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda sering mengalami gejala pening dan sakit kepala yang berterusan walaupun anda mengambil ubat. Kami akan cuba membantu anda.

Maklumat yang diberikan oleh anda tidak mencukupi untuk membentuk diagnosis yang tepat, kerana gejala pening dan sakit kepala adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Kami akan menyenaraikan beberapa punca masalah anda secara am di bawah.

  • Tekanan darah yang rendah
  • Masalah saraf
  • Jangkitan kuman dalam telinga atau masalah telinga lain seperti Meniere’s disease
  • Anemia
  • Glaukoma mata
  • Ketumbuhan dalam otak

Memandangkan masalah anda masih berterusan walaupun anda mengambil ubat, kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini supaya puncanya dapat disiasat dan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

mateus-campos-felipe-mJEazX8mpqs-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.