
Anonymous
5 years
Pregnancy test kabur line lambat muncul
Morning Dr sy nk tnya kenapa test pregnancy line lambat muncul wlaupu bnyk kali test dgn jarak setiap minggu…adakah sy pregnant or tak…pegi kk Dr ckp xpregnant

5 years
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa sebab ujian UPT kabur antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- Kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.