Anonymous

3 years

Stem Cell Injection To Knee

Hi doc. Saya ada ACL injury di lutut kiri & telah menjalani pembedahan dlm 10 tahun lepas. Dua minggu lalu, saya tolak rak buku berat smabil mencangkung n lateral meniscus saya koyak sikit (di lutut yg sama). Doc yg sy jumpa sarankan utk buat stem cell injection. Boleh sy tahu, apa itu stem cell injection? Apa side effect? Selamat ke utk kes saya? Betul ke stem cell injection ni boleh elevate tumor? Mohon pencerahan ya sbb sy ingin pulih, tp sedikit takut utk jalani rawatan stem cell. tq doc

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sel stem merupakan sel induk atau sel tunjang yang boleh membentuk pelbagai jenis sel dalam tubuh manusia seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan pelbagai jenis sel lain.

Melalui penggunaan sel stem, satu kaedah baru telah ditemui untuk mengubati beberapa penyakit termasuklah kecederaan lutut. Ia adalah satu kaedah yang selamat digunakan tetapi perlu dilakukan oleh pakar.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Masih risau dengan sakit belakang/lutut anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!

stroke-causes-punca-stroke

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.