Anonymous

2 years

Turun darah 2hari,upt kabur

Saya turun darah,saya ingat saya uzur tapi darah hanya 2 hari,ble sy test upt,kabur dan sy repeat pom still kabur,adakah saya prrgnant atau sekadar hormon

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.

Keputusan Ujian UPT boleh mengelirukan jika perkara berikut berlaku:

  • kandungan terlalu awal dan hormon sedikit dalam badan
  • cara penggunaan test kit yang salah
  • kerosakan pada test kit UPT

Untuk makluman anda, anda mungking mengalami pendarahan yang dipanggil spotting yang boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:

  • Pendarahan implantasi kehamilan
  • Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim

Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:

  • haid yang lebih panjang dan banyak
  • faraj gatal dan merah
  • haid tidak teratur atau lewat
  • mual
  • sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
  • sakit bahagian ari-ari atau pelvis
  • lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
  • berat badan bertambah

Oleh itu, kami menasihati anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera supaya maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal boleh dilakukan supaya gejala tersebut tidak mengundang perkara yang lebih serius.

Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

240_F_46844227_Pm0W9Pqfl8KhKLw5IfLS6KsuYAdbM4Pc

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.