
Anonymous
3 years
Allergic atau bukan?
Assalamualaikum Dr. Dr saya nk tanya, kalau seseorang tu bila makan udang & ketam, dia akan muntah balik, adakah itu dikira sbg allergic? Sebab dia tak gatal2, cuma muntah je. Tapi seafood yg lain dia boleh mkn mcm biasa. Terima kasih dr.

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda muntah-muntah selapas makan udang dan ketam.
Kami akan cuba membantu.
Seseorang boleh memperolehi simptom-simptom tertentu dengan sebahagian makanan.
Simptom seperti muntah tanpa gatal juga mungkin disebabkan alahan.
Selain itu,jikalau simptom ini hanya sekali selapas mengambil makanan tersebut ia mungkin disebabkan penyakit gastroenteritis.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian alahan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.