Anonymous

2 years

Back pain, nerves pain, neck pain

saya rasa doktor saya dah positif rabies, saya pergi klinik kerajaan semua taknak layan saya. belakang saya dah sakit sangat. harini mc nak pergi gov tapi tak layan kena oppointment. pergi swasta, swasta cakap ok takde masalah. macam mana ya? saya sangat kemurungan sekarang makan pon tak lalu.

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.

Disebabkan maklumat yang diberikan oleh anda tidak begitu jelas, kami tidak dapat memberikan nasihat yang tepat. Namun, kami akan menjelaskan sedikit tentang penyakit rabies dan juga mengenai gejala sakit belakang.

Untuk makluman anda, penyakit Rabies adalah penyakit sistem saraf oleh jangkitan virus yang berpunca daripada gigitan haiwan yang telah dijangkiti virus tersebut. Tanda-tanda awal penyakit ini adalah :

  • Demam
  • Sakit badan
  • Sakit kepala
  • Hidrofobia
  • Kelesuan otot badan
  • Perubahan sikap secara tiba-tiba

Sekiranya anda digigit oleh haiwan yang dijangkiti rabies, anda harus segera membasuh tempat luka dan seterusnya ke klinik untuk mandapatkan suntikan anti-rabies.

Mengenai gejala sakit belakang anda, ia boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :

  • Postur badan yang tidak betul
  • Kecederaan pada bahagian tersebut
  • Radang sendi tulang belakang
  • Masalah otot
  • Prolapsed intervertebral disc
  • Scoliosis dan kyphosis tulang

Sila berhubung kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai masalah yang anda hadapi.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

alora-griffiths-PdhWg3S4xOw-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.