Anonymous

4 years

Batuk, Sakit Tekak dan sakit badan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya wanita berumur 23 tahun dan sekarang saya sering batuk jika berada di bawah keadaan yang mempunyai aircond. Namun,sejak semalam (Isni, 16/3/2020), saya mengalami sakit tekak dan pada hari ini saya telah mengalami sakit badan pula. Namun suhu badan saya yang diambil di tempat kerja adalah pada tahap yang rendah iaitu 34. jadi adakah saya perlu melakukan saringan COVID - 19 kerana saya risau akan keadaan saya sekarang…

Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Gejala sakit tekak dan batuk boleh disebabkan oleh:

  • Jangkitan paru-paru
  • Jangkitan Tibi
  • Tonsilitis
  • Jangkitan bakteria atau virus

Untuk maklumat anda, anda berisiko untuk dijangkiti jika anda baru pulang dari negara yang teruk terjejas seperti China, Itali, Korea Selatan, Jepun, Iran dan sebagainya atau anda telah berjumpa/ kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19.

Persoalannya disini ialah adakah anda telah berjumpa dan berdepan dengan pesakit tersebut atau adakah dia telah batuk atau bersin dan anda telah sentuh permukaan yang terkesan daripadanya.

Buat masa sekarang, jika anda tiada kontak rapat atau anda tidak pulang dari negara yang disebutkan tidak menjadikan anda seorang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:

  • Mencuci tangan dengan sabun dan air.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
  • Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
  • Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
  • Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.

Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.

AdobeStock_41699827

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.