
Anonymous
3 years
Bengkak kelenjar kangkang
Saya mengalami rasa tidak selesa (nyeri) di testis dan sudah menjalani pemeriksaan di klinik swasta , doctor mengatakan bahawa testis saya tidak bengkak ,mungkin kelenjar saya yang bengkak dan memberi kan saya ubat kurangkan bengkak dan antibiotik, persoalan nya adakah sintom demam dan mual adalah kesannya? Dan bagaimana saya nak menyembuhkan penyakit ini ,

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan testis. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Testicular torsion
- Inguinal hernia
- Epididymitis
- Orchitis
- Penyakit bawaan seksual (Sexually transmitted disease)
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.