
Anonymous
3 years
Berat nafas selepas beriadah
Hai, sy lelaki brumur 35 thun mengalami masalah rasa dada tgh sdikit kekiri penuh dan sdikit menekan slepas beriadah, seperti makanan Srapan pgi serta air nescafe yg diambil naik semula ke esophagus, serta berat nafas,. sendawa angin banyak barulah dada slesa smula brnafas tpi kadang kadang sukar untuk tarik nafas dalam…tiada rasa debar, tpi sntiase byk sendawa angin wlaupn sdg bersenam, riadah…

3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah berat nafas selepas bersenam. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Radang tulang rawan
- Pedih ulu hati
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Masalah salur darah koronari
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.