
Anonymous
3 years
Cant sleep even mengantuk
Hi, saya teenager. Saya ada sedikit masalah iaitu saya susah sngat nk tidur walaupun dah mengantuk. Dia mcm dri fasa nk tidur ke fasa terlelap tu x smpai. Hampir 30 minit saya tutup mata tapi x terlelap. Even tgh mengantuk. And lagi satu, saya rasa saya ada anxiety disorder sbb saya rasa takut apabila saya xdpt tidur. Hampir seharian saya x tidur. Harap doc boleh membantu dan beri nasihat… Saya harap sngt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar tidur walaupun mengantuk. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, masalah sukar tidur juga dikenali sebagai insomnia, selain sukar tidur, mereka yang insomnia juga mudah terbangun pada waktu malam dan sukar untuk tidur kembali.
Insomnia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya adalah:
- Tabiat atau aktiviti sebelum tidur yang tidak betul, seperti penggunaan skrin, makan banyak sebelum tidur atau minum minuman berkafien.
- Tidur dengan keadaan yang cerah atau dalam keadaan bising juga boleh mengganggu tidur.
- Masalah mental seperti anxiety, depresi atau mania boleh mengganggu tidur seseorang
Untuk mengetahui punca masalah anda dan mengatasinya, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh mneghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.