
Anonymous
3 years
Cecair putih yang cair keluar dari puting
Saya seorang lelaki berusia 20-an dan terdapat cecair putih yang cair apabila kedua-dua puting saya ditekan. Adakah saya menghidapi kanser payudara?

3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah pengeluaran cecair dari payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- ubat kemurungan atau penyakit jantung
- estrogen dalam krim atau ubat pil
- steroid
- Penyakit Klinefelter’s
- ketumbuhan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.