
Anonymous
4 years
Dalam telinga berkuping putih
Dalam telinga sy ada kuping putih seperti kelemumur bolehkah diubati

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kuping putih pada telinga anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Ekzema
- Radang luar telinga (otitis externa)
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada produk sabun atau kain
- Kayap
Masalah in boleh diubati, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih