Anonymous

2 years

Datang haid semula selepas 7 hari habis period

Hi sy seorg wanita berumur 28 tahun. Sy telah datang haid pd tarikh 15/7-21/7. Baru² ini sy bersama dgn suami dan pada 2 Ogos sy didatangi haid semula. Sebelum keluar haid sy sakit pinggang menyucuk. Boleh sy tahu knpa. Sepatutnya kalau ikut kiraan skrg adalah hari subur tetapi sy datang haid pula

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai haid yang tidak teratur.
Kami akan cuba membantu.
Hanya seseorang doktor boleh memberikan diagnosis yang tepat selepas membuat pemeriksaan yang ketara.
Antara punca masalah ini adalah

  • Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
  • Gaya hidup yang terlalu aktif dan sibuk
  • Tekanan emosi
  • Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid
  • Pendarahan implantasi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Anda disarankan untuk mengambil nasihat doktor jika mempunyai simptom-simptom yang luar biasa dan berlarutan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami atas talian.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

image

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.