Anonymous

3 years

Fatigue and headache

hi. im a 21y/o teenagers. beberapa hari lepas saya kerap sakit kepala kuat dan telinga rasa berdengung and boleh dengar bunyi denyutan nadi yang kuat kat kedua belah telinga. sometimes bunyi dia sync with heartbeat sometimes macam bunyi popcorn. badan saya juga makin hari rasa penat dan lesu, rasa sesak nafas, denyutan jantung jadi laju. tangan kaki pun sejuk tapi got no fever. what is this condition ? thanks doc.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit kepala.

Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara samada ianya serius ataupun tidak. Antaranya:

  • Masalah migrain
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah strok tahap awal
  • Dehidrasi
  • Kurang senaman atau aktiviti luar
  • Gangguan stress dan emosi
  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
  • Kurang rehat atau tidur.
  • Masalah tiroid.
  • Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
  • Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
  • Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
  • Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).

Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.

Anda boleh mengambil panadol untuk menghilangkan sakit kepala. Namun sekiranya sakit anda masih berpanjangan dan anda menagalami gejala dibawah, sila berjumpa dengan doktor:

  • Pitam
  • Muntah muntah
  • Sakit berterusan sepanjang hari
  • Sakit yang tidak tertahan
  • Demam panas

Gejala lain yang anda alami mungkin berpunca dari penyakit yang sama dengan sakit kepala. Oleh itu saya menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar anda.

Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_99931433

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.