
Anonymous
3 years
Kekeliruan GERD dan gastrik
Saya berusia 20an, mengalami rasa tidak selesa dan panas dibahagian dada dan perut. Saya juga sentiasa sendawa terasa seperti angin dari perut. Rasa mual mengganggu.Kepala juga terasa sakit dan berat dibahagian belakang tengkuk. Adakan semua simptom ini akan ok jika saya mengambil gaviscon.

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala ketidakselesaan di bahagian dada dan perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Serangan jantung
- Masalah GERD
- Gastritis
- Masalah pada organ sistem pencernaan
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.