
Anonymous
3 years
Kencing tak lawas dan kerap pergi bilik air
Anak saya berumur 11 tahun dan seorang perempuan. Keluar kencing sikit kerap pergi bilik air tapi macam tak puas.

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anak anda mengalami gejala kerap buang air kecil. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anak anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Radang pada saluran kencing
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Penyakit kencing manis
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Selain itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.