Anonymous

2 years

Kesan selepas pulih positif covid

Saya lelaki berusia 44 thn…saya positif covid dan sedang menjalani kuarintin dirumah…saya membuat ujian rtk selepas badan saya berpeluh ketika berada didalam bilik air cond…namun saya tiada demam…cuma YG saya perasan dua hari sebelum itu mata saya merah.dan saya Ada gejala batuk Dan Sakit tekak…Sekarang sudah masuk hari yang ke 7 selepas ujian RTK…deria bau dan rasa saya kembali pulih sedikit…cuma masaalah saya sukar untuk tido di waktu Malam dan kerap terjaga serta kadang Kala…dada saya menjadi seperti berdebar debar dan terasa seperti dicucuk…disebabkan tidak dapat tido dengan Lena kepala saya kerap terasa Sakit…adakah INI simptom Yang biasa…Dan akhir sekali bila kah Hari yg sepatutnya saya boleh bersama dengan keluarga Dirumah tanpa memakai mask…terima kasih

Dr Ramzdhan,

2 years

Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu.

Untuk pengetahuan anda, Selepas menjalani kuarantin wajib 10 hari dan disahkan bebas daripada covid, anda sudah termasuk di dalam kategori yang tidak akan menjangkiti orang lain.

Jadi jelas di sini tiada masalah untuk anda bersama anak dan suami anda tetapi ianya adalah baik untuk memastikan ahli keluarga anda menjalani saringan untuk Covid-19 supaya keperluan untuk memakai mask boleh dielakkan.

Berdasarkan KKM, tanda-tanda anda dijangkiti Covid 19 adlah seperti berikut:

  1. Demam berpanjangan.
  2. Kelesuan bertambah teruk
  3. Kesukaran bernafas
  4. Sakit dada
  5. Bibir atau jari menjadi kebiruan
  6. Tidak boleh mengambil makanan dan minuman melalui mulut
  7. Batuk, muntah atau cirit yang semakin teruk serta kencing kurang

Setakat ini, mereka yang sudah sembuh dari jangkitan COVID-19 mempunyai imuniti terhadap jangkitan. Namun masih terdapat kemungkinan untuk dijangkiti.
Tetapi, gejala yang anda hadapi juga boleh berpunca daripada pelbagai masalah lain.

Bagaimanapun, untuk kepastian, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

240_F_59230864_abx9NUgltVlYGPUUblpJD4usjsj3kbwA

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.