Anonymous

3 years

Kurang pendengaran telinga sebelah kanan

Saya lelaki dalam umur 30 mempunyai masalah pendengaran sebelah kanan secara tiba2…sebelum itu saya dalam pengaruh akolhol d keesokan telinga kanan mengalami kurang pendengaran…sakit telinga telah mengalami selama 8 bulan sehingga kini belum sembuh…sering sakit kepala kerana bunyi yang binggit pada telinga kanan…

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai gejala kurang pendengaran pada telinga sebelah kanan dan mempunyai gejala kesakitan telinga selema 8 bulan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.

Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Keradangan sinus
  • Jangkitan telinga
  • Alahan
  • Tahi telinga yang terlalu banyak
  • Objek asing dalam telinga

Namun, gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:

  • Penyakit Meniere
  • Ketumbuhan telinga
  • Jangkitan kulat
  • Otitis Media

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

AdobeStock_292657905

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.