Anonymous

2 years

Makanan yang disarankan bagi elak fibroid/cycst kembali

Saya baru saja menjalani pembedahan fibroid 3 minggu lepas di hospital. Boleh terangkan apakah makanan yang patut dan tidak patut di ambil bagi memgelakkan fibroid/cycst kembali lagi. Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui makanan yang boleh dielakkan bagi fibroid.
Kami akan cuba membantu.
Mengikut kajian daging merah menambahkan risiko mengalami fibroid.
Anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan sayur-sayuran,ikan dan buah-buahan.
Anda juga disarankan tidak mengambil alkohol kerana ini akan menukar keseimbangan hormon anda.
Kurangkan pengambilan garam dalam makanan.
Ambil makanan yang kaya dengan vitamin D seperti keju,ikan salmon dan juga cereal.
Anda seharusnya mengambil makanan yang kaya dengan fiber…
Makanan yang kaya dengan zat potasium juga ditunjukkan membantu.
Makanan yang kaya dengan antioksida dikaji dan dikatakan mengurangkan pembesaran fibroid/cyst.
Walaupun pemakanan penting anda juga dinasihatkan untuk tidak sama sekali merokok.
Terima kasih dan saya harap jawapan ini membantu.
Anda disarankan bercakap dengan doktor atas talian untuk nasihat lanjut.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

image

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.