
Anonymous
4 years
Masalah kepala saya sangat sakit pening xnampak apa2
kepala saya akan sakit pening dan xnampak apa2 bila bantal saya terlalu rendah dan jgak bila kepala saya kebawa kadang bila saya berpeluh sakit kepala saya akan kerap dtg pening sampai nak buat apa2 pun tak boleh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Anda mengajukan soalan tentang masalah sakit kepala yang menyebabkan pengelihatan terganggu dan pening.
Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala kerana tekanan (tension headache)
- Sakit kepala migrain (biasanya menyebabkan gangguan pengelihatan, xsuka bunyi bising, sensitif kepada cahaya dan sakit kepala di sebelah kepala sahaja)
- Sakit kepala kluster - biasanya menyebabkan denyutan pada mata dan gangguan pengelihatan
- Sakit kepala yang disebabkan oleh gangguan atau abnormaliti di dalam struktur kepala
Sakit kepala sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada aktiviti harian dan membimbangkan. Namun, untuk mengetahui punca masalah anda serta rawatan yang sesuai, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.