Anonymous

3 years

Masalah Ketulan di Dada Kiri dan di Siku Lengan Kiri

Saya wanita 20an yang mempunyai ketulan ataupun lump di bahagian dada kiri. Terdapat juga ketulan yang menyakitkan di bahagian siku kiri, yang pada mulanya tidak menyakitkan tapi rasa amat sakit bila ditekan (akibat pemeriksaan blood pressure oleh doktor di hospital awam). Saya ada membuat kajian di internet dimana mengatrakan ketulan (lump) ini adalah disebabkan oleh hormon wanita saya. Saya berasa amat risau kerana memikirkan yang ianya merupakan kesan sampingan pengambilan ubat morning pills yang tidak teratur pada tahun lepas. Saya mengambil morning pills dengan kerap dengan kekerapan 3 kali sebulan. Adakah kesan morning pills itu menyebabkan masalah kesihatan kepada ketulan di dada (breast lump) dan juga ketulan di siku tangan kiri saya ini, doktor ? Dan kalau ya, apakah rawatan terbaik yang patut saya lakukan untuk menghilangkan ketulan di dada ?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala benjolan di bahagian dada kiri dan siku anda. Kami akan cuba membantu anda.

Masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :

  • Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
  • Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
  • Ketumbuhan - sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara

Walaubagaimanapun, kerisauan anda tentang kesan sampingan morning pills terhadap benjolan tersebut patut dibawa kepada doktor juga untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.

Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.

irene-strong--FOUPtqP-mY-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.