
Anonymous
3 years
Mengalami bisul di ketiak lebih dari satu dan ketiga kali dlam masa sebulan setengah
saya mengalami bisul di ketiak dengan banyak selepas bercukur.dah ke klinik dapat antibaiotik dan dah hbis mkan.habis makan ubat naik sekali lagi lebih dari 1 juga.selepas sebulan sya bercukur dan naik lagi bisul di ketiak dgan bnyak.apa solution yg dpat membantu.

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kebisulan di bahagian ketiak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Rawatan yang boleh diambil adalah :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
Bisul juga boleh dicegah dengan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
- Elakkan dari menekan bisul kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.