
Anonymous
3 years
Rasa kepala bergoyang dan tidak stable
Hi dr, dua minggu lepas saya terkena vertigo selama 6 hari. Selepas itu. vertigo saya hilang. Namun sampai skrang kepala saya jadi bergoyang, tak stable dan tidak boleh fokus tetapi tk pening. Tidur saya pun terganggu. Makan panadol pun tk hilang.
Kenap dengan saya, dr? Adakah saya perlu refer pakar ENT?

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas perntanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai simptom yang dinyatakan dan semestinya menganggu anda.
Hanya jikalau sekeliling berpusing ianya digelar vertigo.
Panadol tidak akan merawat vertigo.
Terdapat beberapa punca vertigo.
Antaranya,
- masalah pada telinga dalam (paling biasa)
- Kecederaan leher atau otak
- Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok
- Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga
- Migrain
Hanya seseorang pakar ENT boleh memberikan diagnosis yang sebenar bagi anda.
Kami amat menyyarankan anda mengambi nasihat pakar agar anda dapat diperiksa serta diberikan rawatan yang berpatutan.
Anda juga boleh mengambil nasihat doktor atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.