
Anonymous
3 years
Rasa pedih belakang kepala
Salam, saya kena selesema teruk selama 4 hari dan baru sahaja sembuh. Semalam saya perasan kepala saya akan rasa pedih2 seperti situasi air masuk hidung dan rasa pedih belakang kepala. Akan lebih terasa apabila saya baring…ataupun tundukkan kepala. Adakah ini side effect selesema ataupun masalah lain yang perlu saya pergi jumpa doktor? Terima kasih.

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda baru sembuh daripada selesama dan kini anda masih mempunyai beberapa simptom yang masih menganggu.
Tidak boleh dikenal pasti bahawa ini merupakan kesan sampingan selesama anda.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk pengetahuan anda,Covid-19 juga boleh memberikan beberapa simptom yang dinyatakan anda.
Oleh yang demikian,anda disarankan untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan dan memakai pelitup muka jika dalam kalangan ramai dan ahli keluarga.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.