Anonymous

3 years

Sakit dan lenguh badan

hi DR, sy umur 27 perempuan, sejak kebelakang ini bdn sy cepat lenguh bawah ketiak dan celah peha, sekiranya sy buat krja atau trlalu lama berdiri dan naik tangga dgn cpt… celah paha sja rsa lenguh dan skit. apa ka puncanya

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian paha dan bawah ketiak. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda gejala tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Keradangan pada sendi ( arthritis )
  • Kecederaan pada sendi atau ligamen pada sendi pinggul yang pernah dialami sebelum ini.
  • Ketegangan otot
  • Keradangan pada cecair sendi ( bursitis )
  • Masalah aliran darah pada otot dan tulang paha serta sendi pinggul ( avascular necrosis )
  • Sendi permukaan tulang pinggul dan tulang paha menjadi terlalu rapat, menyebabkan sakit apabila peha digerakkan. Ini boleh disebabkan oleh penumbuhbesaran tulang yang tidak normal
  • Retakan stress ( stress fracture ) yang boleh disebabkan oleh aktiviti yang terlalu kerap menggunakan sendi tersebut seperti berlari.
  • Keradangan pada tendon otot ( tendonitis )
  • Penyakit-penyakit sendi yang lain seperti reumatoid , hip snapping syndrome , dan jangkitan kuman pada sendi pinggul.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.

Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.