
Anonymous
3 years
Sakit kepala yang berlanjutan selama 2 minggu . Dah rasa denyut2
Saya dah 2 minggu sakit kepala denyut2 . Macam tak hilang . Tidur dah cukup . Sekarang ni saya rasa mcm denyut2 di teliga kanan bahagian tmpt cangkuk subang tu . Kenapa ya .sakit kepala ni kerap sangat dah jadi . Sampai dah pikir bukan2

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda kerap mengallami sakit kepala dan akan cuba membantu.
Sakit kepala boleh berpunya daripada pelbagai faktor.
Antaranya:
Tekanan
Migrain
Sakit kepala berkelompok
Masalah saraf
Darah tinggi
Radang sinus
Pendarahan
Hanya dengan bercakap dengan anda dan pemeriksaan teliti seseorang doktor dapat memberikan anda suatu diagnosis yang betul.
rawatan awal yang boleh diambil untuk mengatasi gejala ini adalah
- Mengambil air yang secukupnya
- Mengenal pasti dan mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan serangan seperti cahaya yang terang, bunyi yang kuat dan sebagainya.
- Berehat secukupnya kerana tidur yang mencukupi boleh mengelakkan serangan migrain
- Menjaga pemakanan seperti kafein dan alkohol
Namun demikian anda disarankan untuk berjumpa dengan seseorang doktor yang berdekatan jikalau masalah ini berlarutan.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.