English and Malay | |
Our doctors can help you in both languages | |
Accredited Doctors | |
All doctors at DoctorOnCall are registered with Health Ministry of Malaysia | |
Privacy Guaranteed | |
Your data is safe and will not be revealed to any parties | |
Quick and Efficient | |
All queries will be answered by doctors in a quick and efficient manner |
Answered by: Dr Sashini Seeni
Salam doktor,sejak kebelakangan ini saya sering gatal dekat hidung,selalu bersin,tekak sakit dan badan rasa lenguh,kadang rasa degupan jantung macam tak normal tiba-tiba rasa macam penat,dan saya tergerak hati nak google gejala resdung dan apa yang saya dapati semua yang saya alami ada dalam simptom resdung,jadi pertanyaan saya apa yang oat
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu resdung. Untuk makluman anda, resdung boleh dirawat dan dihilangkan dengan beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
Antihistamin Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin. Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
“Decongestant” Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan inus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk.
Ubat titis mata dan semburan hidung
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini dibiarkan, dikhuatiri ia akan memudaratkan diri serta mengganggu aktiviti harian anda.
Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.