Anonymous

3 years

Selaput putih dalam mulut

Saya lelaki berumur 25 tahun. Saya nak tanya kenapa selepas saya berus gigi dan mouthwash, akan ada selaput putih di dalam mulut saya. Selalunya akan ada setiap pagi selepas beberapa jam berus gigi dan mouthwash Saya berus gigi da mouthwash 2 kali sehari.

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mulut anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah selaput putih di dalam mulut selepas memberus gigi dan menggunakan mouthwash. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Saya tidak dapat memberikan kesimpulan untuk keadaan ini kerana memerlukan maklumat yang lebih terperinci berkenaan keadaan kesihatan anda, namun secara amnya, perkara ini boleh berlaku akibat daripada faktor berikut:

  • Mulut kering
  • Plak pada gigi
  • Merokok
  • Jangkitan atau inflamasi dalam mulut
  • sinusitis
  • rhinitis
  • tonsilitis
  • jangkitan fungus

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

timothy-dykes-yd4ubMUNTG0-unsplash%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.