Anonymous

3 years

Selesema setiap kali selepas mandi atau ketika persekitaran sejuk

Salam Sejahtera Doktor,saya nak tanya adakah selesema setiap kali selepas mandi dan ketika cuaca sejuk atau dalam bilik berhawa dingin merupakan sesuatu yang normal,hidung seperti sentiasa berair dalam keadaan ini,cecair yang keluar dari hidung juga agak banyak,minta pencerahan,terima kasih.

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda sedang mengalami masalah selsema ketika selepas mandi, cuaca sejuk dan di dalam bilik yang menggunakan pendingin hawa. Anda ingin tahu samada situasi ini adalah normal. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan anda.

Untuk pengetahuan anda, keadaan di atas boleh diklasifikasikan sebagai “rhinitis” atau keradangan hidung. Keadaan ini sering berlaku ketika terdedah kepada keadaan yang sejuk dan adalah normal untuk segelintir masyarakat. Terdapat beberapa keadaan lain yang juga boleh menyebabkan keradangan hidung, Antaranya adalah:

  1. Makanan
  2. Jangkitan
  3. Ubat-ubatan
  4. Habuk

Sekiranya anda berasa keadaan ini sangat mengganggu, sila dapatkan nasihat doktor supaya keadaan ini tidak berlarutan.

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

kulit

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.