Anonymous

5 years

Selsema dan kahak yang pekat

Saya berumur 37. Untuk makluman Dr saya menghadapi masalah kahak yang berpanjangn. Walaupun saya sudah tidak batuk sekerap dulu dan hampir tidak batuk lagi.waktu siang saya hampir tidak merasakan kahak itu wujud. Namun malam ianya berlainan dgn merasakan kahak di bahagian tekak dan kadang-kadang hidung tersumbat. Di sebabkan oleh kahak yg pekat itu saya selalu merasakan loya dan muntah. Apabila hendak tidur kadang-kadang selsema dan tersumbat hidung datang lagi.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin

  • Kurang minum air

  • Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol

  • Merokok

  • Pengambilan ubat tertentu

  • Terdedah kepada habuk atau allergen

  • Jangkitan kuman

  • Radang tekak

  • Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak

  • Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.

kahak-tersekat-di-tekak

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.