ePharmacy Latest Promotion Consult a Specialist
Malaysia's #1
Health Forum

Sering mengalami sakit tekak

Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Last Updated: November 19, 2021 11:08 PM
Anonymous 14 days

Hai doktor. Saya wanita berusia 26 tahun. Saya kerap mengalami sakit tekak yang bila saya telan air liur terasa sesuatu yang menghalang. Saya jarang ke klinik sebab selalunya ia baik dengan sendirinya. Kiranya macam datang dan pergi. Kalau nak cakap saya kurang minum air, saya sampai keluar masuk bilik air banyak kali. Setiap pagi saya akan ada kahak yang berwarna kuning pekat. Pernah satu hari, kahak saya berdarah dan tekak pun rasa darahnya. Tapi lepas 2 hari da normal balik macam biasa. sakit tekak saya kadang kadang je batuk, selalunya hanya ada sakit tekak je.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 14 days
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas persoalan anda.

Kami memahami kerisauan anda mengalami gejala sakit tekak. Kami akan cuba menolong anda dengan masalah ini.

Antara punca sakit tekak yang kerap dilihat adalah :

  • Alahan pada habuk, bulu haiwan atau gigitan serangga
  • Radang tekak (laryngitis ataupun pharyngitis)
  • Tonsilitis
  • Jangkitan kuman bakteria atau virus

Kesemua punca yang tersenarai di atas boleh diatasi dengan rawatan. Anda perlu merujuk perkara ini kepada doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta mendapatkan rawatan yang tepat. Anda tidak perlu risau kerana majoriti punca sakit tekak adalah tidak berapa serius.

Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Kami berharap jawapan kami dapat menolong anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

edward-cisneros-5EnPNw_9xSc-unsplash%20(1)

Last Updated: Fri Nov 19 2021 23:08:09 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Online Consultation
Talk to a doctor or Specialist online about general health from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
COVID-19 Test And Vaccine
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
COVID-19 Test COVID-19 Vaccine

Top Questions