Anonymous

4 years

Tekanan darah tunggu dan keluar cecair melalui hidung ketika tunduk dan ADA kalanya cecair bercampur dgn darah

Tekanan darah saya tiba2 naik mendadak 250/145. Setiap kali sujud ketika solat kepala terasa sangat berat dan terdapat cecair hingus keluar melalui hidung dan kadang kala sekali dengan darah. Apakah masalah sebenar yg saya hadapi ini?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga tekanan darah anda bermula sekarang.

Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.

Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.

Umumnya, tekanan darah yang begitu tinggi, disertai dengan gejala darah yang keluar dari hidung atau mulut adalah sesuatu yang tidak normal dan memerlukan rawatan segera.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

AdobeStock_312242044

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.