Anonymous

3 years

Tension headache - 3 hari hari berterusan (tanpa selera makan dan muntah)

Hi. Saya lelaki berumur 29 tahun, dengan latar belakang sakit darah tinggi sejak 5 tahun yang lepas. Saya mengambil ubat perindopril erbumine 4mg dan amlodipine 10mg. Setakat hari ini, saya telah mengalami sakit kepala (tension headache) secara berterusan selama 3 hari. Hanya pada hari kedua semalam di waktu makan malam, saya berjaya makan tanpa muntah semula makanan yang telah dimakan. Bolehkah saya tahu punca kemungkinan sakit ini terjadi, dan perlukah saya pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tension headache adalah masalah yang sering berlaku namun, puncanya masih belum diketahui.

Akan tetapi, menurut penjelasan anda di atas, anda mungkin mengalami migrain kerana ianya diikuti dengan muntah. Hal ini kerana tension headache jarang diikuti dengan muntah tetapi boleh bertambah sakit dengan cahaya atau bunyi seperti migraine.

Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda awasi dahulu gejala yang anda hadapi. Cuba duduk dalam bilik yang gelap dan sunyi bagi mengurangkan rasa sakit kepala. Antara rawatan bagi migrain adalah
- Ubat-ubatan:

  • Triptan yang diambil secara makan bersama NSAIDs atau paracetamol – Triptan tidak sesuai bagi pesakit jantung atau darah tinggi yang tidak terkawal serta boleh berinteraksi dengan ubatan lain seperti ubatan bagi masalah mental. Oleh itu, ubat ini haruslah diambil dengan priskripsi doktor bertauliah sahaja
  • Ubat tahan muntah (anti-emetics) – ia juga boleh membantu meskipun pesakit tidak mengalami simptom mual atau muntah
  • Selain itu, bagi wanita yang menghidap masalah ini sebelum menstruasi boleh dibantu dengan ubatan yang diambil pada hari yang dikenalpasti akan berlakunya migrain dengan mengira tarikh menstruasi berdasarkan kitaran haid.

- Bukan ubatan:

  • Menuam pad pemanas atau pad sejuk pada kepala
  • Bernafas di dalam beg kertas – karbon dioksida boleh membantu mengurangkan sakit kepala
  • Supplement riboflavin
  • Bagi pesakit yang tidak boleh mengambil ubatan atau tidak sembuh dengan ubatan, terdapat sesetengah pengamal perubatan yang menyarankan sesi akupunktur untuk membantu pesakit.

Sekiranya sakit kepala anda diikuti dengan gejala seperti di bawah, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor dengan segera.

  • Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba

  • Pandangan kabur

  • Pitam

  • Sawan

  • Muntah pada waktu pagi

  • Hilang berat badan mendadak

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

neck-pain-sakit-leher

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.