ePharmacy Latest Promotion Consult a Specialist
Malaysia's #1
Health Forum

Tibi Paru-paru Tahap 4

Answered by: Dr Ramzdhan

Last Updated: September 13, 2021 11:16 PM
geaa5726 13 days

Saya ada seorang rakan yang hampir sebulan menjalani rawatan tibi paru-paru di klinik kerajaan. Dia seorang guru, dan diberi cuti sepanjang rawatan. Doktor dah sahkan beliau mengalami tibi tahap 4. Soalan saya, adakah rakan saya seorang pesakit tibi yang aktif dan boleh menjangkiti orang lain. Ini adalah kerana saya melihat rakan saya tidak menjalani kuarantin dan bergaul seperti biasa dengan orang sekeliling. Beliau juga sempat berniaga makanan yang dimasaknya sendiri. Saya sangat risaukan keadaan tersebut sekiranya beliau berisiko menjangkiti orang di sekelilingnya. Mohon pencerahan Doc. tq

Dr Ramzdhan 13 days
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, mereka yang tidak langsung berhubung rapat dengan pesakit tuberkulosis, tetapi mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang meninggikan risiko dijangkiti kuman atau pengaktifan kuman tuberkulosis yang tidak aktif di dalam badan (akibat penurunan daya tahan penyakit di dalam badan). Ini termasuklah:

  • Penghidap kencing manis
  • Penghidap penyakit HIV
  • Pesakit paru-paru yang kronik
  • Pesakit buah pinggang yang bergantung pada khidmat cuci darah (dialisis)
  • Pesakit kanser
  • Pesakit yang mengalami kurang zat makanan
  • Mereka yang diberi rawatan kemoterapi
  • Perokok tegar
  • Penagih dadah
  • Peminum alkohol yang teruk
  • Mereka yang tinggal dalam kawasan yang sesak seperti penjara atau rumah jagaan orang tua.
  • Mereka yang tidur di jalanan (tidak mempunyai kediaman sendiri) dan kurang mejaga kebersihan diri.

Oleh itu, ianya lebih baik jika anda menasihati kawan anda untuk melalui proses kuarantin supaya anda dan rakan rakan anda tidak dijangkiti penyakit tersebut.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_163792215_eWe45OdLIkwRtc7v6XolfhGKpP5wDjmi

Last Updated: Mon Sep 13 2021 23:16:51 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or Specialist online about general health from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
COVID-19 Test Services
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
See All COVID-19 Tests

Top Questions