
Sulit
5 tahun
Adakah hamil atau haid?
Saya dah lewat 39 hari tak period. Haid saya memang tak teratur. Saya dah kahwin. 2 minggu lepas ada spotting warna coklat setitik sahaja ketika saya buang air kecil. Saya dah cek guna upt… Pertama kali check, dapat result negative. Tapi husband masih tak puas hati. Kedua kali check, result double line tapi satu line tu sangat kabur. Lepas tu, tanya kawan-kawan, dorang suggest beli Clear Blue sebab result Clear Blue 99% tepat. Bila sy check, result negative lagi. Tapi memang perut saya selalu kram, dan saya tak boleh bau ikan, pening pun ada, muntah pun ada. Macam mana tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, selain kehamilan, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai tanda kehamilan selain daripada alahan, antaranya:
- sakit pada payu dara
- berat badan meningkat
- selera makan meningkat
- kerap kencing
Jika anda benar-benar mengesyaki anda kehamilan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalankan skan untuk mengesahkan kehamilan.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.