
Sulit
5 tahun
Adakah normal keluar cairan coklat dan darah sedikit dlm sehari setengah sehaja?
Saya telah pun period pada 6march hingga 9mrch untk heavy bleeding dan berikutn keluar cecair coklat seperti biasa. Namun, pada 16 march saya pun bersama dgn suami saya dgn cum diluar tanpa mengambil pill perancang dan emergency pill . Lps pada itu, seminggu slps itu saya lihat keluar cecairam coklat dan darah sedikit pada 23 march Dlm pada hari itu sehari je. Adakah itu normal? Apakah sbb2 itu berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, pil perancang kecemasan dan IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.